Thursday, 29 October 2015

Lima Tips Ini Untuk Kuruskan Badan



Ramai yang mengadu sukar untuk turunkan berat badan biarpun telah berusaha untuk berdiet. Bersenam sampai nak pengsan tetapi mereka masih tak dapat berat badan yang diidamkan.
Untuk menurunkan berat badan memang kena kawal pemakanan dan perlu rajin bersenam namun kalau cara berdiet yang diamalkan itu salah, memang sukar la nak turunkan berat badan.
Your Pre-Conception Diet Makeover: Load Up On Leafy Greens (via Parents.com):
Jika ada antara anda yang sedang dalam proses untuk menurunkan berat badan tetapi menghadapi kesukaran, apa kata anda cuba Amalkan Lima Tips Ini Untuk Kuruskan Badan.
1) Amalkan Minum 8 Gelas Air Suam Setiap Hari – amalan meminum air dengan kuantiti yang lebih dari biasa boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Setiap kali sebelum mengambil makanan yang berat, amalkan minum segelas air terlebih dahulu supaya anda akan cepat kenyang dan tidak akan makan dalam kuantiti yang banyak.
Never, Ever Want to Get Out of Bed? Tap Into 7 Natural Energy Boosters
2) Kerap Minum Air Limau – minuman yang masam seperti air limau, lemon dan oren dapat menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Seeloknya minum segelas air limau (kurangkan gula) setiap kali selepas anda makan makanan yang berlemak atau berminyak.
3) Hentikan Pengambilan Minuman Bergas (Minuman Berkarbonat) – minuman berkarbonat yang tinggi kandungan gula bukan sahaja boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis tetapi juga mengakibatkan peningkatan berat badan.
4) Lebihkan Sumber Protein Dalam Diet Seharian – jika ingin menurunkan berat badan, perkara pertama yang perlu dikurangkan adalah pengambilan karbohidrat dan gula. Sebaliknya lebihkan pengambilan protein. Silap orang yang berdiet selalunya adalah menahan lapar. Bila dah tak tahan lapar, semua jenis makanan yang ada di depan mata, akan dimakan tanpa memikirkan soal kalori lagi.
5) Lebihkan Pengambilan Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan – bila nak kurangkan berat badan, kena lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya sayur hijau, oren dan kuning. Bila waktu makan, kurangkan pengambilan nasi sebaliknya lebihkan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Mudah-mudahan 5 amalan pemakanan yang sihat yang dikongsikan di atas ini dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Apa yang penting ialah anda perlu konsisten mengamalkannya.

No comments:

Post a Comment