Friday, 22 August 2014

HARI BERKABUNG DAN SENARAI NAMA 20 JENAZAH MANGSA NAHAS PESAWAT MAS MH17

Jabatan Perdana Menteri, JPM dalam satu kenyataan media Isnin telah menetapkan beberapa garis panduan pada hari perkabungan Malaysia serentak ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 ke tanah air pada Jumaat 22 Ogos 2014

peraturan hari berkabung malaysia 22 ogos 2014

Hari perkabungan negara bertujuan menzahirkan rasa dukacita seluruh rakyat Malaysia ke atas mangsa tragedi

Dalam kenyataan media itu, menurut JPM, pada hari perkabungan semua pihak perlu mengibarkan jalur gemilang separuh tiang di seluruh negara dan beberapa garis panduan lain turut dinyatakan antaranya seperti berikut

MH17 Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 Jumaat

 

Semua acara berunsur hiburan juga perlu ditangguhkan pada hari berkenaan
Turut ditetapkan tata cara pakaian berwarna suram, terutama bagi petugas yang terlibat dengan istiadat perkabungan

Pakaian bagi petugas lelaki beragama Islam digalakkan memakai songkok, tanpa lilitan warna putih manakala wanita perlu memakai selendang hitam

Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen ditangguhkan dan Ia diganti dengan bacaan al-quran dan program berunsur keagamaan
Menurut kenyataan itu lagi, peraturan hari perkabungan yang ditetapkan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa JPM tersebut perlu dipatuhi di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta, stesen radio dan televisyen serta orang ramai


Sumber infoharian.com: MH17 Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014

No comments:

Post a Comment