Sunday, 27 March 2016

RESEPI NASI KHAO MOK VERSI JOHOR




Nasi Khao mok atau Nasi Kaumok ni sebenarnya Nasi beriani siam. 

Alkisahnya mcyah share resepi ni supaya senang mcyah nk masak nextime. hehehe tapi kalau korang nk mencuba pon boleh. sedaaapppp. nyam nyam .






Bahan-bahannya :

1kg beras basmathi (kitorg guna Jasmine Praboil Extra Long )
1 ekor ayam - dipotong 4 bahagian 


Bahan yang perlu dikisar :



3 sudu besar rempah komok
5 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
3 biji cili hijau
2 tangkai akar daun ketumbar


Bahan untuk menumis :



1 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
8 biji pelaga
1 inci halia di mayang
4 ulas bwg merah di mayang
3 ulas bwg putih di mayang
½ tin susu pekat
2 sudu minyak
2 sudu planta
2 sudu minyak sapi
Gula, garam

Cara memasak :

1. Panaskan minyak, minyak sapi dan planta.
2. Masukkan bahan yang di mayang bersama rempah kasar dan tumis sampai naik bau.
3. Masukkan bahan yang dikisar dan tumis hingga kekuningan.
4. Masukkan ayam dan kacau hingga sebati.
5. Masukkan susu pekat,air,gula,garam .
6. Masak sampai kuah pekat dan asingkan ayam dan kuah.
7. Basuh beras dan toskan. (if guna beras Jasmine Praboil Extra long, mcyah rendam dlu dlm 20 minit sebelum masak) 
8. Ambil kuah dan masukkan dalam beras dan gaulkan rata.
9. Masukkan air secukupnya dan masak nasi sampai masak. (If guna beras Jasmine kena lebih 2 cawan dari sukatan beras. i.e; 2 cawan beras, 4 cawan kuah+air)
10. tapi disebabkan periuk mcyah kecik. mcyah xmasak ayam bersama2 nasi. bila ayam dah masak , mcyah keluarkan ayam. baru guna kuah td untuk tanak nasi. 


Meh mcyah share step by step bergambar yer.


Bahan bahan yang telah dikisar dan di mayang. sedia masuk periuk. 


Selepas masukkan bahan yang dikisar. nampk kuning2 mcm ni, baru masukkan ayam
Ini la rupanya bila dah masukkan ayam , susu dan air. 


Keluarkan ayam yang dah dimasak tadi .

Ayam Goreng 

Bahan : 

Ayam yang mcyah dah keluarkan tadi. mcyah potong kecil2.
Garam secukup rasa.
Serbuk kunyit secukupnya.

Cara- cara :
Ayam yang telah kita toskan tadi, gaulkan bersama serbuk kunyit dan garam secukup rasa
Kemudian goreng terendam di dalam minyak panas
Setelah kuning keemasan angkat dan toskan minyaknya.

Ni rupa ayam yang mcyah dah potong kecil dan gaulkan dengan kunyit dan garam


haaa tu dia. terendam dalam periuk jer terus. 

Sos Cili


Bahan :   
    1 Cawan air kuah nasi komok*
    6 biji cili merah*
    segenggam cili padi*
    4 ulas bawang merah*
    2 Ulas bawang putih*
    4 tangkai akar ketumbar*
    1 biji tomato saiz sedang 
    gula, garam, cuka - secukup rasa (mcyah tadi letak 5 sudu besar gula)

Cara2:
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
3. Hidang bersama nasi komok.


Ini lah rupa Sos Cili kita :)

Bahan-bahan lain (Ulam) :



2 biji buah tomato dibelah 2,dipotong melintang
1 biji timun
Daun salad
Daun Ketumbar


susun cantik cantik sesedap mata memandang k :)




Haaaa. dah siap nasi kau mok kita. 


Boleh la makaaannn .

Eh jap! kate Nasi Khao mok versi Johor. So mestilah ada Daging Beriyani! nyam2... 


Daging Beriyani

Bahan -Bahan :

1 paket ADAMI Beriani daging
1kg daging / 1 ekor ayam / 1 kg kambing (mcyah beli kambing)
air 1L
2 sudu susu pekat*
3 ulas bawang putih*

yang * mcyah tambah dari resepi asal kat paket. 

Cara -caranya : 

1. Panaskan minyak. Masuk kan pes Beriani Daging ADAMI.
2. Dah panas, masukkan daging. Gaul sebati. 
3. Masukkan air 1Liter, kacau.  Masak dengan api perlahan sehingga daging empuk.
4. Bila kuah dah mula pekat dan daging hampir empuk, mcyah masukkan bawang putih, akar ketumbar.
5. Bila hampir siap , masukkan susu pekat . masak seketika dan sedia dihidang. 

** mcyah xikut resepi dekat belkg pes tu tau. sebb mcyah nk dapatkan kuah yang pekat.

haa mcm ni la rupa pes beriani daging Adami. Tesco & Mydin ada. 

Taraaaa dah siap masak. Macam ni la rupa dia . 

so sekarang baru betul2 boleh makan.

Selamat menjamu selera!





Selamat menjamu selera!




With Love, 

Mcyah 


No comments:

Post a Comment