(cerita ini di tulis oleh Raja Emma )
Pada mereka yang ada 'hati' je baca sampai habis ilmu biz sepanjang hayat ni , tapi kepada keturunan batu, kertas, pokok, batang kayu sila abaikan message ini .. he he he (alamak gurau pun xboleh )
Gambarkan gambarkan gambarkan....
Katakanlah kita taukeh 'kedai menjual pakaian', Angsa adalah pekerja kita dan telur emas adalah keuntungan jualan. Jika kita selalu 'membuli' pekerja kita, memaksa mereka bekerja sehingga larut malam (tanpa bayar overtime yg setimpal, layan mereka dlm diam macam hamba abdi) lalu menyebabkan mereka keletihan, esoknya mereka mungkin tidak dapat datang kerja. Jika berlarutan, mereka mungkin akan jatuh sakit. Nak mencari pekerja gantian bukannya mudah kedai boleh terus dibuka tapi bagai api dalam sekam, pekerja lain terpaksa ganti kerja rakannya, hati pekerja mana tak panas.
Ia tidak terhenti disitu, di sebabkan geram tidak puas hati sebab tenaganya diperah sudah tentu pekerja anda bersikap acuh tak acuh dengan pertanyaan pelanggan. Mungkin juga belakang kita dia memarahi pelanggan, tidak jujur, boleh jadi sampai mencuri brg kedai boleh memuaskan hati dia. Akibatnya pelanggan anda lari, kedai anda ada nama busuk.
Hasil jualan semakin rugi akhirnya boleh tutup kan..?
Hasil jualan semakin rugi akhirnya boleh tutup kan..?
Inilah sebabnya mengapa kita harus menjaga 'kebajikan angsa'. Jika kita sebagai 'taukeh' yg bantu memberi peluang gaji, overtime & bonus yang sesuai, menjaga makan minum pekerja kita, memberikan dia hadiah pekerja terbaik ke, hadiah surprise harijadi ke , pekerja kita pasti mahu memenangi hati kita lagi sebab mereka 'puashati' & sudah tentu akan memberi pulangan yang setimpal dengan apa yang kita beri.
Mereka jadi ikhlas bekerja, rajin walaupun di belakang kita & setia!! Juga jika kita 'train' mereka betul-betul ttg 'customer service', sudah tentu Mereka jadi mahir & tahu dalam diam apa kita nak, menjaga kepentingan pekerja iaitu kita dan berusaha menghasilkan telur emas.
Take notes!
# Jika anda hanya inginkan telur emas memanjang dan tidak memperdulikan angsa, anda akan kehilangan telur emas anda selama2nya putih mata!.
# Bayangkan jika angsa anda sakit, mungkinkah anda mendapat telur emas? Mungkin ada tetapi telur emas itu bersaiz kecil sahaja, mungkin juga 'telut yg sakit'
# Jika angsa anda sihat, cergas dan gembira, telur emas yang dihasilkan juga pastinya banyak dan berat-berat belaka.
Jika paham tahniah..sebab faham itu rezeki
Amanah sifu utk disampaikan~ Sebarkanlah utk kebaikan
No comments:
Post a Comment